Wednesday, 8 October 2014

Sayap, terbanglah!

"Pada suatu petang.
Saya lihat atas meja saya di pejabat ada balang ikan dan beberapa paras inci air.
Ada kelopak bunga diatas permukaan air itu.
Tiba-tiba, kelopak bunga itu bertukar.
..Menjadi seekor ikan emas.

Sungguh suatu magic yang sungguh takjub.

..Ikan emas itu diberi oleh Lily.
Sampai suatu masa, tiba-tiba ikan emas itu lenyap.




"Poof."





Hilang begitu sahaja.
Dan pada hari ikan emas itu hilang itulah..

..hari Lily telah tiada."




-Profesor Slughorn of Harry Potter (Half Blood Prince)








Ayat atas ni sedap dan..



Sedih. 
Saja je buat pembuka bicara. Sebab tengah marathon Harry Potter walhal tak sedar esok petang dah Final exam pun hapah tak baca lagi.krik krik krik



***



3 bulan mungkin.
Allah menduga diri aku yang marhein ni.
Berapa kali sudah bunyi hati retak aku dengar.

Sungguh keakhawatan aku dalam akhawat seTuhan diuji Sang Pencipta.



Betul sungguh ke ukhuwwah diabetes yang kau canang satu dunia itu, mampu kekal ke Sorga?




Ehem.

Ukhuwwah diabetes kau takkan cecah tahap potong kaki kalau korang takde kena puting beliung dulu.

Antaranya.
Marah seorang sahabat pada sahabat terchenta.



"Adakah aku marah kau?"

"Adakah aku marah dia?"


Boleh ke nak marah kawan sendiri? Tak salah ke?
Asal type nada marah-marah ni?err

Laahhh.
Mestilah korang marah kalau sahabat buat benda-benda yang bongek kann.




Tapi mungkin cara korang marah tu yang salah.


Janganlah terus marah and pergi tengking-tengking kawan korang. Terkebil-kebil doe dia.
Kawal dulu marah tu. 



SYAITONN semata itu semua !



Tegur elok-elok ikut tahap kerenah kawan korang.
Ada beza kot marah dengan tegur.
Boleh rosak ukhuwwah diabetes korang tu kalau main terjah.

Salurkan marah korang tu dengan cara yang lebih rasional duhai kawan-kawan.

Tapi kalau korang marah tapi asek diam dengan manyun (bermasam muka bahasa Melayu kata)

sampai tahap rasa nak bagi pelempang,



err tak jalan jugak macam tu.
Kesian orang tuh. Marah tanpa diketahui punca dan asbab yang munasabah.
Tahu-tahu je dah kena cop 'Wanted' dalam hati kawan.haha

Cakap aa elok-elok. Tegur elok-elok. 

Bukan dengan emosi. 
Bukan sebab nak menang dalam debat.
Bukan sebab ko nampak satu kesalahan dia lalu seribu kebaikan dia sebelum ni ko buat dono.


Bukan ye kawan-kawan.



Bukan.




Tegur sebab cinta. *apa ayat aku ni geli ke?, kata ukhuwwah tahap diabetes kann*



Kalau korang tak mau tegur kawan korang tu yang opkos korang kena tanya. Bukan tanya kat dia, tanya kat diri tu!

haaaa.
Pastu dah pendam, simpan marah tu sorang-sorang sebab tak berani tegur kawan dengan alasan ukhuwwah tu korang nak bawak ke Syurga.
 


"Berkawan sebab apa? Kawan apa namanya kalau kau tak tegur kawan kau bila buat salah? Kata nak masuk Sorga sama-sama? Ke eksyen je lebih?" Haish.








"Hatta engkau terbabas jauh daripada landasan agama, aku tetap akan membawamu semula ke jalan yang benar kerana aku mahu kita bersama-sama ke syurga Allah, wahai akhawat seTuhan." 





Jujur.
Kalau akulah.
Kalau marah aku.
Marah aku kerana cinta.





Saidina Umar al-Khattab berkata,
"Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi (Allah)."





Kalau marah.
Tu sebab aku sayang kau lah senget. Takkan tak paham lagii
Alahaiii kau sengettt *nyorok blushing dalam lubang*



***


Salah faham.

Ini kalau ada boleh buat korang punya ukhuwwah diabetes tu jadi macam magnet kutub Utara dengan kutub Selatan.
Tak boleh jumpa nanti asyik nak repel je.

Bukan nak cakap apelah der.
Bila kau dah matang, kau akan rasa face-to-face itu sangat rasional dan lebih selamat.
Sekurangnya apa-apa yang dah disalahertikan tu kau dengar dari mulut sahabat sendiri.

Clear sikit hati korang.


Ini tak. Dengar cite tah dari sape-sape. Terus percaya.


Lepas tu isytihar perang dingin tahap suhu maksima sejuk bawah zero point.
Asal bertembung je, angin salji datang. Dua-dua, tiga-tiga, empat-empat egomaniac maksima.



Haish lagi.





Dan.




apa-apa yang aku sebut kat atas ni,
Korang jangan percaya sangat ukhuwwah diabetes aku tahap sampai kerat kaki.




Semenanya.
Semenanya.
aku sendiri tak dapat nak overcome semenarnya.
Kiranya ini kesan dari post-mortem ukhuwwah diabetes aku.
Mungkin sebab aku dah matang.
Ehem.
Ehem.



Asiff,
Nasihat orang, aku sendiri dah tenggelam sebenarnya.
apakah.


"Ukhuwwah diabetes tu bila diuji Dia, Dia nak tengok diabetes tahap mana korang punya kes." -Kak anonymous 


***


"Mana sayap kau satu lagi der?"

"Hilang sebelah."
aku balas selamba.

Aku redha.
Sebab kalau sayap Maleficient pun dia boleh dapat balik, aku yang hilang sebelah ni je pun takkan tak boleh kan?heh.



"Sebut nama penuh aku dalam doa kau tau."
"Dia suka ni."
"Dia pandai ni."
"Dulu..kita selalu sama-sama bila.."
"Esok-esok bila kita dah ada kenderaan, aku nak bawak korang pergi.."



Nangis.
Jujur der rindu. 




"Dekat, tapi jauh."



Kadang tak tergapai dek hujung mata.
Ibarat kau cuba pegang asap.
Pernah pegang asap?
apa yang kau dapat?




Dapat bau tak semegah semata kan.




Kami tak pernah lupa. Bahkan kekal di sini.
Mungkin ada yang berubah. Suasana sekeliling. 




Mungkin diri sendiri tapi tak pernah nak sedar diri sebab ego meninggi.




Aku lupa.
Kau lupa. 
Kita lupa.
Sapa je yang sempurna tahap malaikat kat sini (dunia). Hatta Angel pakai Gucci sekalipun.

Tapi mungkin kau perlu toleh belakang. 
Sekali pun cukup. 
Sebab terkadang, 



suara kami tak kuat mana nak panggil kau balik.




Dahlah suara aku perlahan kott. Kau tu pekak tahap maksima jugak sebenarnya.hahaha *lawak hambar* -_-




----




Friendship.

Ini bukan kapel. Ini bukan possesion. Ini juga bukan admire.
Ini 'ship' yang bukan sebarang 'relationship.' Ini 'ship 'yang kalau kau naik 'ship' yang betul bersama anak kapal dan kapten yang betul, kau jumpa 'pulau' yang kau cari.
Sebab prinsip aku satu, 

engkau, aku, kita.

Sahabat kerana Allah.
Bila yang ship kita naik tu ikut map yang betul, layarnya ikut arah angin betul, mesti ombak laut pun insyaAllah boleh elak kan?

Setakat puting beliung ombak begitu.





***





Segala yang aku ada adalah pinjaman.

Ya. Termasuklah sayap sebelah aku. 
Ya. Memang Allah bagi pinjam. Macam kau pinjam buku library tapi bila dah tiba due date, kena pulangkan balik kan?





Dah pinjam, kena reti pulang.




Tapi.
Ingat satu.

Mungkin Allah menduga. Jika tak boleh kekal di dunia, adakah still kau berusaha untuk tarik dia bersama gapai Syurga?



Lillah.



Kaulah. 
Sahabat susah senang.

"Aku rindu nak peluk dia."

Serius. Ini antara ayat paling sebak pernah aku dengar.

Even kau lupa kami, kami tak kesah. Sebab kau always wujud segar dalam memori dan doa.
Cuma kami harap kau tak makin menjauh.
Jangan sampai tahap kesahabatan kau yang kami pernah 'cop' kat diri kau tu, jatuh sampai even kau lalu sebelah, kami pandang sebelah mata.

Paling teruk pun 'smirk' ja mampu yang kami tayang kat muka kau.

Tapi aku sangat percaya.
Kau bukan jenis buang kawan. Dan kita sama-sama begitu.
Apa kau mampu buang orang yang dah bagi yang terindah dalam memori kau?



Le' someone.





Mungkin kau kena check balik. Apa asal ukhuwwah fillah diabetes kau?





---



Dengan ini,Aku lepaskan engkau dalam jagaan Tuhan.


Dan ku relakan hati,walau kemana kau pergi. Sebab yang disini selalu ada tempat untuk kau kat hati.


Teman,


engkau jua pinjaman dari Tuhan.


Dari Allah segalanya datang,Kepada Allah semuanya kan kembali.


Hati, redhalah.



Dan sekali lagi.



"Jangan lupa sebut nama penuh aku dalam doa kau.

Sentiasa."