Monday, 2 December 2013

Buat adik Syazana Kasman.


Bismillahirrahmanirrahhim. 
Assalamualaikum.


Syazana, nama akak, Saadah. (bukan nama sebenar, lol) 
akak bukan siapa-siapa. Hanya kawan abang adik je. Akak tak kenal adik, adik pun tak kenal akak jugak kan? Conclusion, kita sama-sama tak kenal.heheh.





Abang adik cerita, yang dia nak masukkan adik ke madrasah. Tapi adik tak nak. Ye eh?

Hmm.. pada akaklah. Akak, tak jugak suruh, paksa jugak adik masuk, dan akak jugak tak kisah if lepas akak cerita ni, adik nak masuk sekolah mane. But, akak harap adik bace ye ape yang akak tulis ni tau.

Sebenarnya kan, seriouslylah, adik ni, beruntung tau. Sebab ade abang dan family yang ambil berat nak masukkan adik ke sekolah agama. Sebab apa akak cakap macam tu?

Sebab zaman sekarang ni penuh cabaran.

Orang zaman sekarang, tak ramai yang peduli pasal agama. Tak kisah pun diorang ada pendidikan agama ke tidak.

Sedangkan, agama tu penting tau. Agama tu lah yang bimbing adik.
Memang masuk madrasah, sekolah agama dan yang seangkatan dengannya tu, tak menjanjikan syurga pun.
Tapi, insyaAllah, adik dapat banyak manfaat, banyak kelebihan dari yang bersekolah harian biasa.



Akak dulu, bukan budak sekolah agama pun. Jujur akak cakap. Tapi akak ambil kelas aliran agama. Itupun kalau nak ikutkan, sekolah akak tu tak titikberatkan pendidikan agama sangat.
Jadi, kiteorang, ikut suka hatilah. Langgar peraturan sekolah, dating-datinglah, lawan cakap cikgu..huhu teruk teruk. Jangan tiru tau.

But, lepas SPM, akak masuk maahad tahfiz dik. Sebab akak rasa, dah tiba masa akak berubah. Sampai bila tak  nak tutup aurat betul-betul? Sampai bila bab solat, mengaji tak tau? Sampai bila nak berfoya-foya buang masa dengan kawan-kawan yang tak elok?



"Sampai esok dah dalam kubur?"



Akak tanya soalan tu pada diri akak. Akak dulu, jahil dik. Akak pun takde alim mana pun.
Akak menyesal.
Menyesal sebab tak nak belajar agama dari awal. Akak pernah tanya pada diri akak sendiri,



“Kenapalah aku tak nak masuk sekolah agama ke, madrasah ke dulu? Kalau tak, takdelah jadi macam ni!”


Haaa.. tengok. Betul, akak rasa rugi sebab tak belajar agama dari awal.
Bila kita belajar dari muda, waktu baya umur adik nih, hati kita masih lembut, senang lagi nak bentuk. Sebab bila dah tua, memang payah nak dengar nasihat orang. Hati dah jadi makin hitam, makin keras.

Adik tahu pelakon Syamsul Yusof? Ala.. yang selalu berlakon cerita-cerita samseng la, KL Menjerit lah..
Alhamdulillah, beliau dah banyak berubah sekarang. Satu lagi beliau pernah cakap,

“Kalau aku tahu Islam tu indah macam ni, kan bagus kalau dari kecik aku masuk sekolah agama!”


Haa.. nampak tak kat situ? Betapa pentingnya kita belajar Islam dari awal!


Biarlah kawan-kawan adik, orang lain atau siapa-siapa pernah cakap kat adik yang dia kata adik ni bajet baik ke ape sebab masuk sekolah agama @ madrasah,


Adik abaikan je orang macam tuh. Bagitau akak. Biar akak marah sikit.huhu


Sebab orang macam tu tak boleh nak dilayan. Biarlah dia nak cakap ape. Sebab apa yang adik buat, adik ingat,



"Kita nak redha Allah.
Bukan redha manusia.
Biar orang lain benci kita. Asal Allah masih sayang pada kita.."



Dulu kan, family akak, dan akak sendiri, bukan jenis yang ambil kisah bab-bab agama ni. Akak tak dapat abang macam abang zakwan adik, yang susah payah carikan, nak masukkan adik ke madrasah macam tu.


Adik tau, sebab sayang adiklah, dia buat macam ni.
Sebab dia nak adik, dia dan keluarga adik,
Masuk syurga sama-sama. Ingat tu.



Adik,


Sepanjang akak kat maahad dulu, nak tau tak, akak paling tua kott kat situ! Haha! Tulah, muda-muda tak nak belajar agama! Budak-budak lain kat maahad tu, semua sebaya lebih kurang adik.
Tapi, bab-bab agama, Subhanallah! Dioranglah pakar J

Kat maahad jugak, antara benda yang akak belajar,
Akak dapat berdikari tanpa mak ayah. Sebab duduk asrama. Seriously, duduk asrama sangat best adik! Tapi masa minggu awal-awal tu, err toksah cerita la akak menangis gila! Yelah, mane pernah akak duduk asrama sepanjang 5 tahun sekolah menengah! Tapi, kejap je rindu rumah tu, bila dah dapat kawan, haii rumah terus tak ingat! Bila time akak keluar dari maahad tuh, akak menangis jugak, sebab rindu suasana asrama kat maahad tu dengan adik-adik kat maahad. Huhu segan lah pulak. Sebab akak duduk asrama kat maahad tu jugaklah, akak dapat bertahan belajar jauh-jauh kat Sarawak ni haa. Jauh gilaa dari mak ayah. Akak sendiri yang nak belajar jauh-jauh. Sebab akak sedar, lambat ke cepat ke, kita semua akan kehilangan orang yang kita sayang. Jadi belajar berjauhan, ajar kita berdikari tau sebenarnya adik. Kita jadi cepat matang. Kita jugak boleh jadi lebih yakin diri. Sebab masuk U nanti, selalu kena cakap kat depan. Kalau adik dah biasa sejak dari sekarang, takkan rasa susah, InsyaAllah.



Bila dah masuk sekolah agama atau madrasah, memang sah la banyak pengisian rohani. Contohnya, solat berjemaah, ada kem solat, belajar baca al-Quran dengan betul, belajar tutup aurat. Memang mula-mula susah dik. Tapi, bila adik ingat yang Allah ada, insyaAllah senang adik nak buat semua tu.. Jangan lupa doa banyak-banyak pada Allah. Adik akan rasa bestnye program-program macam tu.
Kalau adik-adik dekat maahad akak dulu boleh buat, adik syazana, yang dapat anugerah UPSR cemerlang, takkan tak boleh kan?
Akak nak jugak adik dapat anugerah kat akhirat nanti, bukan kat dunia je, tahu?



Dik,
Bila adik belajar solat, mengaji, adik tutup aurat, tahu tak,



Allah bertambah sayang kat adik. Takkan adik tak nak masuk syurga, jumpa Allah, jumpa nabi Muhammad kan?



Tambah-tambah lagi  bila adik dah belajar, hafaz al-Quran, belajar bahasa Arab. Bahasa Arab tu, bahasa syurga tau dik. Best belajar Arab sebenarnya! Sebab bila kita solat, mengaji, dengan baca Quran, kita jadi lebih khusyuk. Sebab kita faham apa yang kita baca. Sangat best feeling tuh sebenarnya. Sebab bukan semua beruntung dapat rasa macam tu. Adik cubalah belajar Arab sungguh-sungguh kalau nak merasa feeling tuh.hehe


Nanti, kalau kat madrasah, cara pakaian dia lain dari sekolah-sekolah menengah biasa. Kena tutup aurat betul-betul.
Pakai tudung labuh, pakai stoking. Kena pakai baju yang lengan dia bercekak. Seriously, baju macam tu memang cantik! Sebab menutup aurat! Biarlah orang lain, kutuk-kutuk, pandang buruk bila kite pakai baju macam tu, asalkan di mata Allah, Allah pandang kita sebagai manusia yang cantik!
Pakaian yang menutup aurat, mestilah longgar, labuh, tak ketat, tak jarang. Bagi kita yang perempuan kan, aurat kita ni seluruh badan, kecuali tapak tangan dengan muka.
InsyaAllah, kat sekolah nanti, adik dapat belajar lebih dalam lagi.


Adik, maafkan akak kalau akak salah cakap dalam mana-mana ayat kat atas tadi.
Sungguh, akak takde baik mana. Tapi akak sentiasa cuba nak jadi baik di hadapan mata Allah.


Nanti,esok adik dah keluar madrasah, tak semestinya adik jadi ustaz, ustazah je tau. Adik pun boleh je jadi doktor, polis ke, cikgu ke. Ikut cita-cita adik. Tapi, adik bukan jadi doktor, polis, atau cikgu yang biasa-biasa je.
InsyaAllah, adik akan jadi seseorang yang beriman. Yang menegakkan Islam di bumi. Yang ada ilmu dunia akhirat. Kalau adik nak jadi doktor, insyaAllah adik boleh jadi doktor yang beriman. :)
Meski akak tak kenal adik, tapi akak sayang adik kerana Allah. Akak nasihat adik sebagai seorang kakak.
Kerana kita orang muslim ni, bersaudara tau. Perlu sentiasa tolong-menolong. Ingat selalu ye.

Adik, jaga diri elok-elok.
Biarlah adik pilih sekolah mana pun, harap adik sentiasa pelihara syariah. Akak harap adik fikir masak-masak. Tak nak adik akak ni, jadi macam akak. Biar adik rasa susah sekarang, tapi dekat akhirat esok, adik bahagia.


Mana tahu kan,
Sekolah madrasah yang adik bakal masuk tu,
Terkandung seribu kebaikan disebalik rasa susah?
Allah ada selalu untuk adik, sama ada susah atau senang.



"Ingat satu adik, bila rasa susah, jadikan solat dengan sabar sebagai pelindung ye."




Okeh adik. Akak stop sampai sini. If nak tahu ape-ape ke atau  ade pandangan adik nak story, bagitahu akak ye.               
Alhamdulillah.
Assalamualaikum.  Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati. Kirim salam kat family.

Moga Allah bertambah cinta. 
Moga Allah redha. 

Tata syazana  :)