Tuesday, 31 December 2013

Kompetisi

Gambar ini. Cantek. Jelly sungguh.

Comel sungguh beliau edit <3


Gambar di atas merupakan antara penyertaan untuk kompetisi *competition dalam erti kata lain, indon mari nih haha* C.O.C.A.P. ,Campaign Of Covering Aurat Properly, anjuran UPSI tak silap den.

Hari tu daku terima emel jemputan dari Ustazah Pilihan Firuz.
Beliau ajak join Pertandingan Poster Dakwah De' Facebook *klik sini*

Lalu daku semangat hantar poster yang tak seberapa, sebab excited lelebih.err
Bukan satu poster, malahan dua.haha nampak tak kat situ?

So, here :D







Tema kompetisi ni doa. So I must think luar kotak, 'outside of the box' omputih kata.
Jadi, inilah hasilnya.
*Banyak poster-poster yang lawo-lawo belake.sobs sobs

Waallahualam bissawablah. Tawakal.
Mudah-mudahan diterima. :)








Bila si Dia datang Malaysia!

Guess what? Guess what?

Mauk autograph!
Dudeee!!!!!!!!!
They are coming to Malaysia!
I wanna cry TwT


*Iman hold my shoulder.

"Dude."

"Yes dear?" *blinking eyes*

"We have class that time. And also impossible for us to back to Peninsular Malaysia when it is nearly to finale exam."





Angin sepoi-sepoi bahasa~





Le me: Crying and become mushroom in the corner TvT




* 'Oh well Oh well' by Mayday Parade is playing inside my head



# Seriously, you guys have to check their music! Really inspiring. :)

"Oh well, oh well. I still hope for the best.
Say goodbye and send me off with a kiss farewell.
And I promise I'll be just as strong as I can be.
Maybe you could get some sleep tonight."


"So here's your song. It's twisting me. "

"I'd give anything to make you scream.
And I'll just smile, and make believe I don't feel a thing.
That doesn't work for
me."

" And that was it.
I had made it clean just across the street with my new wings."




"So I'll just fly and hope that I remember the good times when it's done."

Thursday, 26 December 2013

Awe!


Haritu
err.
Bukan haritulah. Beberapa minggu yang lepas.
11 Disember 2013 tu, harijadi seorang hamba Allah ni.

Den dengan Iman merancang sesuatu. Tapi.
Akan tetapi.

De..de..demo.. *Japanese


Kami hanya mampu tukar dekstop cover laptop dengan gambar ni.

Sanah Helwah tu arabic. Maksudnya Selamat Hari Tua.haha

Sekali budak tu takde perasaan la pulok tenung dekstop laptop.
Kejam kau awa.huhu

Tapi tak tau la pulak, kot-kot dalam hati dah nangis banjir-banjir.
Haha husnuzoonn. :P


Kiteorang, (daku dan Iman) belikan beliau kude.
Dah tu, asyek sembang pasal kude je.
Kude mainan jelah kiteorang mampu (plushie).
Nak kude betul? Ko kawinlah anak orang kaye ye.hahah

Si Izzy, roomate beliau pulak organize 'prank event'.
Memang terbaik. haha sekali setahun je kena.
Kenangan manis tuh! xD
*But don't know why aku rase seram pulak kalau aku yang kena.err


Dulu, birthday aku, diorang bagi kasut.
Habis aku belasah. Pakai selalu tuh! Pergi kelas, pergi jejalan, pergi ladang (abeh la punah).
Tapi basuh tak selalu. Ada la sekali dua.err aasiiff jiddaan



First time pakai balik rumah time cuti sem 1. Lawa lagi time nih. Sekarang?

Birthday Iman, time tu tengah cuti akhir sem 1. Jadi tak dapek la nak sambut kat kampus. Mula-mula den dengan Awa rancang nak bagi sebelum cuti. Last-last kiteorang petak kepala, konpius gila (ayat kemain hiperbola) nak bagi apa.

Lalu pakcik posmen menjalankan tugasnya.

Kiteorang just order hadiah kat internet, lepas tu pos kat rumah Iman.

Hadiahhnyaa adalah....




Mug. heheh.
Tapi bukan mug biasa-biasa.
Mug yang bila isi air panas, gambar dia tiba-tiba visible! Cool bro :D


AdahJahaya design. heheh


Lalu.
Last sekali, birthday kawan cemetot kami yang tadi, Awa.
So kire beliau lah paling bongsu dalam kalangan kiteorang.
Den tak. Den lahir dulu. So den adalah big bro. eh? Ngeheh :P

Conclusion.
"Selamat Hari Tua buat semua orang.
Mati dah dekat."

Kbye.

*notakaki: Tajuk post adalah 'Awe!' merupakan English word, yang bermaksud 'Wonderful'.
Tiada kena mengena dengan sesiapa termasuk cik Safwah Najihah Baharin.kihkih :P

Friday, 6 December 2013

Tadi.



Tadi. Padang upm Nampak lawa. Sebab ade sunset +pokok daun jarang-jarang.
Tadi. Hati aku kacau.
Tadi. Aku marah.
Tapi. Tengok langit Allah yang Maha Indah,
Aku bersyukur.
Hati jadi tenang.
Hati jadi sejuk.





********






Kerna tadi aku terlupa, yang si Dia sentiasa ada.

Tuesday, 3 December 2013

Kesah makcik-makcik

Kelmarin,
waktu tengah menjamah ais kacang mountain.
Tetibe, datang sorang opah nim.

Soalan klise macam biasa,
"Belajar kat mana nih?"

Daku menjawab dengan muka blurness innocent,
"UPM Seghawak."

Responds klise lagi,
"Haii.....jauhnya."
hahahah.

Best sungguh sembang dengan opah tu.
Satu nasihat beliau bagi,

"Bila belajar ni, jangan lupa,
yang 1st sekali, hubungan dengan Allah.

2nd,
hubungan dengan ibubapa.

Bila rasa nak give-up ke, jiwa kacau ke (cewwahh haha), ke rasa niat dah menyimpang ke,
Ingat balik yang 1st dengan 2nd tuh."

Best nasihat beliau tuh tu.

Dan beliau bukan orang yang pertama cakap camtu.
Opah tu orang yang ke-4 cakap cenggitu  :v
Dan ini bermakna dah 4 kali lah jugak hati ku dipanah-panah.sobs.

Sebab sebelum ni, sepanjang cuti final ni, banyak terserampak dengan opah-opah, atuk-atuk yang memang dah makan garam dari diriku yang baru nak bertunas ni haa.

Pesanan ikhlas dari mereka,






"Allah dahulu. Jaga Allah, Allah jaga kamu."




Haa.. nampak tak kat situ?

................

Rasanya ter-recall yang ada sorang nim pernah cakap jugak pada diriku tak lama dulu.
Tapi dalam Arab.



"Ihfazillah Yahfazka."
:)

Nasik ade?

Okeng.
Ghasenye ini post paling merepek.

Ditulis atas dasar lapau.
Kerna char keow teow yang ditunggu-tunggu tak jugak datang.
Makanan dah banyak abes.

Apollo baghu beli sekotak 2 ari yang lepas, dah 'selamat'.
Megi-megi segala, Pama terutamanya, dah tamat riwayat.
Nak masak, masak ape? bahannye takde. Masak  periuk tu sendiri boleh le :v

Kebetulan ada dua hamba Allah malam ni yang baik hati, haahaha (gelak jahat)
Diorang call,
soalan first aku tanya, dengan nada tegas,



"Nasik ade?"



Mereka akhirnya bertindak.
Offer daku 5 suap mee,
1 bungkus megi (tapi, masak sendiri la derr!)
Jadilah.
Asal perut muat-muat buncit sudah.


Otw ke bilik mereka kejap lagi.
Demi mereka, (mereka merujuk pada mee dan megi tersebut)
sanggup aku datang jengah kabau bilik anak orang.Ngeheh



Jom, baca doa makang sekarang!

Angrybird


Hari ni aku marah.
Marah ni, marah.
Aku jarang marah. Tapi bila dah marah, take time nak sejuk.
Rasa nak tampar laju-laju semua orang sekarang.eh? Tak memasal je.huhu.

Jadi entry kali ni,
Nak bicara pasal marah.
Sebab dah dan-dan marah ni kan. Baik luah kat sini jer dari menyumpah orang lain bukan-bukan.err

Sebenarnya,
Aku cukup menyampah bab marah-marah ni. Belum lagi masuk bab tengking-tengking, jerkah-jerkah.

Ngapain?

Sebab bila marah,

Hati tak tenang.
Bad mood sentiasa.
Aku akan jadi benci pada subjek yang dimarah tu. Benci bersungguh pulak tu.
As for me, aku akan ambil further distance, jarakkan diri dengan kawan-kawan untuk cool downkan rasa marah. Walaupun bukan diorang sebab aku marah.
Jadi pendiam, tak banyak nak bercakap.
Pasang lagu maximum volume. Pasang earphone kat telinga.

As a result, kawan-kawan aku pun takot nak tegur bile dah cenggitu rupa. Hahahaha.
Tak boleh la bile dah marah ni. Sebab aku jenis pendam. Bila dah meletus, orang tak bersalah pun jadi bahan. 
Kang mencarut bukan-bukan tu yang kena elak. Sebab ayat-ayat yang keluar kompemlah lebih tajam dari pedang samurai kau.

Asal marah,
Aku rasa nak memberontak. Paling marah, aku akan rasa nak menangis.
Aku akan rasa bengang gila. Benci gila. Tak elok tau. Jangan tiru ye adik-adik sekalian.

Haa.. tu antaranya kenapa tak suka nak marah-marah ni. Sebab dia akan lead pada perkara mazmumah yang lain.
Tak best lah.
Tak tahu lah pulak orang lain rasa camane bile marah.


Akan tetapi.

Pernah dengau tak hadis ni,



“Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar ialah apabila dapat menahan diri dari kemarahan.”

                                                                                                                                         -Hadis Riwayat al-Bukhari




Haaa… nampak tak kat situ?
Mari sentap beramai-ramai.

Sebagaimana pentingnya kawalan nyamuk aedes, sebegitulah pentingnya kawalan marah kita.
Hahaha perbandingan yang kurang relevan eh?

Bila dah marah, syaitan dah Berjaya kuasai hati. Tapi hati kan raja bagi segala anggota kita?
Bila dah marah jugak, tak mustahil kita boleh buat benda-benda bodoh kan? Ken ken?

Oh ya. Satu lagi.

Allah pernah berfirman.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (١٥٣)
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Qs Al Baqarah : 153)






"Innallaha maa'sshobirin"


  

-Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.








Hmm.. .


Senyum, jom?

Monday, 2 December 2013

Buat adik Syazana Kasman.


Bismillahirrahmanirrahhim. 
Assalamualaikum.


Syazana, nama akak, Saadah. (bukan nama sebenar, lol) 
akak bukan siapa-siapa. Hanya kawan abang adik je. Akak tak kenal adik, adik pun tak kenal akak jugak kan? Conclusion, kita sama-sama tak kenal.heheh.





Abang adik cerita, yang dia nak masukkan adik ke madrasah. Tapi adik tak nak. Ye eh?

Hmm.. pada akaklah. Akak, tak jugak suruh, paksa jugak adik masuk, dan akak jugak tak kisah if lepas akak cerita ni, adik nak masuk sekolah mane. But, akak harap adik bace ye ape yang akak tulis ni tau.

Sebenarnya kan, seriouslylah, adik ni, beruntung tau. Sebab ade abang dan family yang ambil berat nak masukkan adik ke sekolah agama. Sebab apa akak cakap macam tu?

Sebab zaman sekarang ni penuh cabaran.

Orang zaman sekarang, tak ramai yang peduli pasal agama. Tak kisah pun diorang ada pendidikan agama ke tidak.

Sedangkan, agama tu penting tau. Agama tu lah yang bimbing adik.
Memang masuk madrasah, sekolah agama dan yang seangkatan dengannya tu, tak menjanjikan syurga pun.
Tapi, insyaAllah, adik dapat banyak manfaat, banyak kelebihan dari yang bersekolah harian biasa.



Akak dulu, bukan budak sekolah agama pun. Jujur akak cakap. Tapi akak ambil kelas aliran agama. Itupun kalau nak ikutkan, sekolah akak tu tak titikberatkan pendidikan agama sangat.
Jadi, kiteorang, ikut suka hatilah. Langgar peraturan sekolah, dating-datinglah, lawan cakap cikgu..huhu teruk teruk. Jangan tiru tau.

But, lepas SPM, akak masuk maahad tahfiz dik. Sebab akak rasa, dah tiba masa akak berubah. Sampai bila tak  nak tutup aurat betul-betul? Sampai bila bab solat, mengaji tak tau? Sampai bila nak berfoya-foya buang masa dengan kawan-kawan yang tak elok?



"Sampai esok dah dalam kubur?"



Akak tanya soalan tu pada diri akak. Akak dulu, jahil dik. Akak pun takde alim mana pun.
Akak menyesal.
Menyesal sebab tak nak belajar agama dari awal. Akak pernah tanya pada diri akak sendiri,



“Kenapalah aku tak nak masuk sekolah agama ke, madrasah ke dulu? Kalau tak, takdelah jadi macam ni!”


Haaa.. tengok. Betul, akak rasa rugi sebab tak belajar agama dari awal.
Bila kita belajar dari muda, waktu baya umur adik nih, hati kita masih lembut, senang lagi nak bentuk. Sebab bila dah tua, memang payah nak dengar nasihat orang. Hati dah jadi makin hitam, makin keras.

Adik tahu pelakon Syamsul Yusof? Ala.. yang selalu berlakon cerita-cerita samseng la, KL Menjerit lah..
Alhamdulillah, beliau dah banyak berubah sekarang. Satu lagi beliau pernah cakap,

“Kalau aku tahu Islam tu indah macam ni, kan bagus kalau dari kecik aku masuk sekolah agama!”


Haa.. nampak tak kat situ? Betapa pentingnya kita belajar Islam dari awal!


Biarlah kawan-kawan adik, orang lain atau siapa-siapa pernah cakap kat adik yang dia kata adik ni bajet baik ke ape sebab masuk sekolah agama @ madrasah,


Adik abaikan je orang macam tuh. Bagitau akak. Biar akak marah sikit.huhu


Sebab orang macam tu tak boleh nak dilayan. Biarlah dia nak cakap ape. Sebab apa yang adik buat, adik ingat,



"Kita nak redha Allah.
Bukan redha manusia.
Biar orang lain benci kita. Asal Allah masih sayang pada kita.."



Dulu kan, family akak, dan akak sendiri, bukan jenis yang ambil kisah bab-bab agama ni. Akak tak dapat abang macam abang zakwan adik, yang susah payah carikan, nak masukkan adik ke madrasah macam tu.


Adik tau, sebab sayang adiklah, dia buat macam ni.
Sebab dia nak adik, dia dan keluarga adik,
Masuk syurga sama-sama. Ingat tu.



Adik,


Sepanjang akak kat maahad dulu, nak tau tak, akak paling tua kott kat situ! Haha! Tulah, muda-muda tak nak belajar agama! Budak-budak lain kat maahad tu, semua sebaya lebih kurang adik.
Tapi, bab-bab agama, Subhanallah! Dioranglah pakar J

Kat maahad jugak, antara benda yang akak belajar,
Akak dapat berdikari tanpa mak ayah. Sebab duduk asrama. Seriously, duduk asrama sangat best adik! Tapi masa minggu awal-awal tu, err toksah cerita la akak menangis gila! Yelah, mane pernah akak duduk asrama sepanjang 5 tahun sekolah menengah! Tapi, kejap je rindu rumah tu, bila dah dapat kawan, haii rumah terus tak ingat! Bila time akak keluar dari maahad tuh, akak menangis jugak, sebab rindu suasana asrama kat maahad tu dengan adik-adik kat maahad. Huhu segan lah pulak. Sebab akak duduk asrama kat maahad tu jugaklah, akak dapat bertahan belajar jauh-jauh kat Sarawak ni haa. Jauh gilaa dari mak ayah. Akak sendiri yang nak belajar jauh-jauh. Sebab akak sedar, lambat ke cepat ke, kita semua akan kehilangan orang yang kita sayang. Jadi belajar berjauhan, ajar kita berdikari tau sebenarnya adik. Kita jadi cepat matang. Kita jugak boleh jadi lebih yakin diri. Sebab masuk U nanti, selalu kena cakap kat depan. Kalau adik dah biasa sejak dari sekarang, takkan rasa susah, InsyaAllah.



Bila dah masuk sekolah agama atau madrasah, memang sah la banyak pengisian rohani. Contohnya, solat berjemaah, ada kem solat, belajar baca al-Quran dengan betul, belajar tutup aurat. Memang mula-mula susah dik. Tapi, bila adik ingat yang Allah ada, insyaAllah senang adik nak buat semua tu.. Jangan lupa doa banyak-banyak pada Allah. Adik akan rasa bestnye program-program macam tu.
Kalau adik-adik dekat maahad akak dulu boleh buat, adik syazana, yang dapat anugerah UPSR cemerlang, takkan tak boleh kan?
Akak nak jugak adik dapat anugerah kat akhirat nanti, bukan kat dunia je, tahu?



Dik,
Bila adik belajar solat, mengaji, adik tutup aurat, tahu tak,



Allah bertambah sayang kat adik. Takkan adik tak nak masuk syurga, jumpa Allah, jumpa nabi Muhammad kan?



Tambah-tambah lagi  bila adik dah belajar, hafaz al-Quran, belajar bahasa Arab. Bahasa Arab tu, bahasa syurga tau dik. Best belajar Arab sebenarnya! Sebab bila kita solat, mengaji, dengan baca Quran, kita jadi lebih khusyuk. Sebab kita faham apa yang kita baca. Sangat best feeling tuh sebenarnya. Sebab bukan semua beruntung dapat rasa macam tu. Adik cubalah belajar Arab sungguh-sungguh kalau nak merasa feeling tuh.hehe


Nanti, kalau kat madrasah, cara pakaian dia lain dari sekolah-sekolah menengah biasa. Kena tutup aurat betul-betul.
Pakai tudung labuh, pakai stoking. Kena pakai baju yang lengan dia bercekak. Seriously, baju macam tu memang cantik! Sebab menutup aurat! Biarlah orang lain, kutuk-kutuk, pandang buruk bila kite pakai baju macam tu, asalkan di mata Allah, Allah pandang kita sebagai manusia yang cantik!
Pakaian yang menutup aurat, mestilah longgar, labuh, tak ketat, tak jarang. Bagi kita yang perempuan kan, aurat kita ni seluruh badan, kecuali tapak tangan dengan muka.
InsyaAllah, kat sekolah nanti, adik dapat belajar lebih dalam lagi.


Adik, maafkan akak kalau akak salah cakap dalam mana-mana ayat kat atas tadi.
Sungguh, akak takde baik mana. Tapi akak sentiasa cuba nak jadi baik di hadapan mata Allah.


Nanti,esok adik dah keluar madrasah, tak semestinya adik jadi ustaz, ustazah je tau. Adik pun boleh je jadi doktor, polis ke, cikgu ke. Ikut cita-cita adik. Tapi, adik bukan jadi doktor, polis, atau cikgu yang biasa-biasa je.
InsyaAllah, adik akan jadi seseorang yang beriman. Yang menegakkan Islam di bumi. Yang ada ilmu dunia akhirat. Kalau adik nak jadi doktor, insyaAllah adik boleh jadi doktor yang beriman. :)
Meski akak tak kenal adik, tapi akak sayang adik kerana Allah. Akak nasihat adik sebagai seorang kakak.
Kerana kita orang muslim ni, bersaudara tau. Perlu sentiasa tolong-menolong. Ingat selalu ye.

Adik, jaga diri elok-elok.
Biarlah adik pilih sekolah mana pun, harap adik sentiasa pelihara syariah. Akak harap adik fikir masak-masak. Tak nak adik akak ni, jadi macam akak. Biar adik rasa susah sekarang, tapi dekat akhirat esok, adik bahagia.


Mana tahu kan,
Sekolah madrasah yang adik bakal masuk tu,
Terkandung seribu kebaikan disebalik rasa susah?
Allah ada selalu untuk adik, sama ada susah atau senang.



"Ingat satu adik, bila rasa susah, jadikan solat dengan sabar sebagai pelindung ye."




Okeh adik. Akak stop sampai sini. If nak tahu ape-ape ke atau  ade pandangan adik nak story, bagitahu akak ye.               
Alhamdulillah.
Assalamualaikum.  Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati. Kirim salam kat family.

Moga Allah bertambah cinta. 
Moga Allah redha. 

Tata syazana  :)




Sayau



Aku jarang sayang. Jarang suka. Jarang mesra.

Bila dah sekali sayang. Sekali suka. Sekali mesra.
Kalau boleh, aku nak ianya berkekalan. Biar pimpin tangan sama-sama sampai ke Syurga. Kerna aku dah serik, dah takut dengan peristiwa macam yang sebelum ni.


Tikam belakang. Kena khianat. Bagi nasihat, dituduh bawa fitnah. Ohh what a sad memory to be recall.

Mungkin sebab tu aku amik 1 year off before aku kawan balik dengan manusia yang sebaya. Sebab lepas tu aku kawan ngan mak aku sendiri je. Hahah.



Sebab hati aku, luka pedih. (haahaha lirik ciplak) Lepas dah aku tampal plaster, bandage banyak2 kali, polish balik, bubuh varnish bagai, cari cinta Ilahi berkat nasihat mak, baghulah berani nak approach insan yang bergelar ‘Kawan’.


Boleh pulak lah dari sek rendah kawan dengan beliau baru aku sedar hati aku dah remuk. Cuma aku yang menidakkan sebagai kawan beliau. Yelah, bestfriend kot, takkan nak bersangka buruk dengan sahabat sendiri?






Teringat pulak lah nota yang bertampal kat dinding kak Mala.



“Jaga hati orang lain sampai hati sendiri sakit? Takpelah. 
 Manalah tahu kan di sebalik rasa sakit tu, terselit ganjaranNya?
 Apelah sangat rasa sakit sikit yang tak berbaloi tu, dibandingkan dengan rasa cinta kita pada saudara kita kan?
 Ingat, habluminallah, habluminannas sayang. :)"




Haaa.. gitulah ayat dia. Err exclude kan word ‘sayang’ tu. Aku sendiri yang sesedap rasa menambah.heheh.

Aku redha je walau sakit mana pun. Cuma bila dah ditolak tepi terus ibarat orang buangan, baru aku angkat kaki blah.

Yelah, sebab bila aku dah sayang, aku sayang sungguh.

Bila dah time over, kena berpisah, aku paling tak suka. Lantaklah beliau sape. Bila dah aku kenal, jadi dia memang part of my life bagi aku. Rasa macam orang paling sedih haritu. Tak reti2 nak accept the truth sungguh.


So cuweet :)



Terima kasihlah buat adinda sorang nih.

Ayat si Alia Mohd Ali,



“Rileks. Bertenang. Sebab kau dengan aku, still kat bumi. Pandang bulan sama, tengok langit sama, bawah sinaran matahari yang sama. Sama-sama hitam pulak tuh.hahahah.
So, sementara belum hereafter, same2 la usehe nak masuk Paradise. Kang dah masuk bawah tanah, takde dah. Apa ko ingat malaikat Riduan makan duit korup ke? (lol!)
Aku nak jugak, sama-sama ngan korang (ngan budak Ceri) , sama2 tengok air sungai yang mengalir dalam syurga tu, InsyaAllah.”




Ceiihhh. Pandai gilak kau bermetafora eih. Ayat kemain hiperbola eh ko alia. Sobs sobs. Sengaja nak bagi aku nangis eh? Hahah.

To all my sayangs, dearies, sweety, intan payung, adinda2, kekanda2, si cantik manis, si macam cantik jer,macam comel jer (salahkan syasya bwk pengaruh), and so on,

Terima kasihlah sebab muncul dalam hidup. Aku nak romantik2 dengan korang pun, hanya mampu buat dengan panggil nickname2 kat atas ni lah.
Sebab, aku segan sungguh nak ucap..




Terima kasih’.




Gila deep meaning word tu. Err ehem. Kohkoh.
Ayat tu bagi aku, sweet sungguh. Gila romantik.hahahah tahape ape camane aku boleh pikir gitu.
Bak kata Qay, “Adah romantik? Bukan orang tu jiwa kental ke? Dahla jiwa rock, dengar lagu metal lagi.” Sungguh pandai kau teka eh. Tepat kena hati aku.hahahah.
Bak tajuk lagu Mayday Parade,




“Call me hopeless, but not romantic.”





Aku pernah cakap macam ni kat someone dulu.ehem.




Yang pertama.

Bismillah.




Assalamualaikum.(Ade orang bace ke post nih? ehem.kohkoh.)




Namaku kuceng kacak. Nama sebenar hensem cat.
Umo tak penting sebab lambat-laun memang bawah kubur jugak nanti.
Duduk atas bumi, bawah langit Allah yang Maha Indah.

Belajar? Of course maseh sekolah lagi.
Jauh dari mak ayah. (Saye okay saye dah besar, lol)

Dapati hidup sangat interesting sebab ada Allah.
ada dua guard kiri kanan selalu (malaikat Raqib + Atid),
ada dua insan yang  sayang gila kat den (mak abah),
ada sayap-sayap yang selalu bagi kuat untuk fly bila kaki tak mampu melonjak untuk lompat (sahabat-sahabat terbaik),

Dan ,

Ada seekor kucen kacak.
Si omey.(lolol)


Suka kain cotton (maap minat pelik-pelik)
Suka makang cekelat,cekelat (matluthfi le nih)
Suka earphone.headphone.lagu.english.rock.pop.metal.reggae. bedal je suma senang citer.heheh
Suka pokok+langit (siyes, osem gile punyer scenery bile ada dua benda nih! Subhanallah :D )
Suka Jepun. Meskipun diorang pernah jajah negara kita dulu.err
Suka Megi Pama. Yang bihun punyer (maap rasenyer tak perlu pong ni)
Suka orang.hahah
Dan yang paling suka,

Kuceng semestinya.ngeheh.


Baru belajar nak jadi pokok yang gagah perkasa walaupong diriku masih setunas pokok kerdil.
Baru belajar nak belajar rerajin sebab still berdendam dengan result SPM,
Baru belajar nak hidup kekuat, rerajin, berdikari, tanpa mintak mak ayah lapkan hingus lagi,
Baru belajar mencari kengkawan yang boleh suluh lampu dalam gelap sama ada blackout tiba-tiba atau elektrik lupa nak bayau,
Baru belajar nak tadabbur, nak semat dalam hati, nak istiqamah, nak sungguh-sungguh jadi hambaNya. Yang macam dalam  surah ad-Dzariyat, ayat 56.





وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
 Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”





Dan kuceng kacak ini tidak sesempurna mana.
Ilmu hanya sedengkal.
Dia juga yang Maha 'Alim.

Tidak sebaik mana.
Tidak jugak sejahat mana. (eh?)

Tidak sekuat mana.
Demi Allah, aku tak kuat.
Dan kerana Allah,


Aku harus kuat. (genggam tangan kekuat!)


Semak (29:2).



Speaking jap.




"Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried?"
 أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ





Namun kuceng kacak ini hensem.kihkih.


Meski tak hensem  di hadapan mata manusia, cukup hensem dan kacak di mata Allah.
Macam kacak je, macam hensem je.(lalala)



Kerna yang dicari dalam hidup,


cuma satu.


Hanya satu.



...




Redha Allah lah yang satu.  








*maap ayat banyak benau hiperbola