Salam a'alaiyk!
Al- kesah, semalam ada orang tu sedih gila. Down yang amat. Hanya kerana laptopnya yang dihantar baiki telah hilang segala inti di dalamnya, baik yang berfaedah mahupun lagha.
Lalu kini diriku faham perasaan sang akhawatku tatkala laptopnya kena format.
"Oh videoku"
"Oh gambar-gambarku"
"Oh diari rahsiaku"
"Oh termasuk
gambar Secret Admire kuh"
Hahaha. Sedihhhh brooo
Rasa nak ja aku suruh pakcik pomen laptop tu u-turn balik. Biarlah Windows ku genuine ka tak genuine.
Dah-dahlah tu. Kang sok-sok Windows dapat detect hang pakai Windows Pirate, terus dia buang semua. Dengan muvie-muvie, lagu-lagu lagha hang sekali masok kat Lautan Hindi nun. Mana yang hang nak?
"Maka, nikmat Tuhan yang mana satu yang telah kau dustakan?"
-Abang gua yang hensem
Haa amek kau. Terdiam gua dengar bait-bait surah ar-Rahman tuh. Lalu semalam aku decide nak sedih sampai pagi esok ja.
hahaha so sekarang dah kembali pada keadaan riang-ria Ribena :D
Semenaunya rasa (macam) sejak malam tadi aku dah redha dengan kehilangan 'my precious' di dalam laptop, akibat penangan 'Aku Hamasah as-Syabab'.
Tak. Bukan aku ni yang Hamasah as-Syabab. Tu tajuk buku ye, harap maklong :D
 |
Nah cover buku yang umpph! plus sinopsis yang menggoda.haha |
Minggu lepas dapat dah email daripada pihak HAS, diorang bagi daku link untuk download soft copy cita tu. Jadi.. err baru kelmarin aku sempat download. Lusanya, baru save dalam komputer.
Tapi semalam download balek disebabkan incident sedih tadi.huhu
Semalam jujur aa wa cakap sama lu tak tahu nak buat apa. Bajet jiwa kacau sebab segala video yang selalu aku layan dah kena padam. Segala isi hati yang aku nak sambung dah kena padam. Segala gambar secret-secret admire yang haromm telah didelete forever and ever. Lalu selamatlah mata dan hati.
Hmm. Malam tadi banyak melangut. Tetiba teringat pasal Hamasah as-Syabab.
Baca dalam keadaan jiwa tengah sentimental, dalam samar-samar lampu lagi tuh. Dalam pukul 1 2 pagi. err ke 2 3 pagi. Layann beb. Jarang la aku nak baca buku sampai dah tinggal lalu suam-suam kuku, lagi beberapa pages nak abis. Jadi semalam stop baca sebab yang kukuhnya,
sayang nak habiskan.haha
***
"Hamasah tu apa?"
"as-Syabab tu apa?"
as-Syabab berdasarkan arab aku yang dah karat, dan juga akibat penangan pakcik
Syabab Musafir Kasih yang popular dengan Lukisan Dakwah beliau di facebook, alhamdulillah Allah beri ilham dan ilmu pada aku yang as-Syabab tu adalah pemuda. Muda-mudi jiwa tengah panas macam kita ni.
Hamasah pulak serius aku tak tahu. Baru kejap tadi tanya pakcik Google, lalu terjawablah persoalan aku sejak malam tadi, di mana Hamasah itu adalah...? Semangat. Ya, Semangat a.k.a Gelora.
"Oooo.."
haha boleh bayang korang-korang yang baca entry ni cakap macam tu.
Kiranya malam tadi aku layan cita ni tanpa pemahaman yang sebenar pasal buku tu. Sebab alih-alih acah je sebenarnya nak baca. Jujur.
Hamasah as-Syabab. Ertinya?
Semangat Pemuda.
Okey. Rasanya dah dapat hadam, dah dapat link antara story-story dalam buku tu bersamaan dengan si tajuk buku. :)
Hmm. Aku rasa buku ni wajib setiap muda-mudi ada. Serius best. Tak kiralah korang pakai/ada headgear (tudung, serban, cap) , ataupun stail rambut jenis apa sekalipun. Tak kiralah korang ni ikhwah pakai jeans ka, akhwat pakai jubah ka, hatta pakai tudung serban sekalipun.
First benda yang buat aku tertarik sebab dalam ngomelan daripada si penulis buku itu, saudara
Afiq Sazlan,
beliau kata, beliau terdetik nak menulis sejak dia sedih akibat kamera dia hilang. Lalu aku pun fikir, "Hmm, menarik. Apa kata aku yang tengah sedih ni try baca luahan hati dari oang yang asalnya sedih?"
Dah baca.
Haaaa.. hamek kau.
Padu-padu bait-bait coretan beliau tumbuk iman dan hati aku yang tengah melayu.
Oh mai, oh mai.
Deep gila wehh. Ayat dia simple ja. Macam ayat yang pagi-pagi kita tanya mak kita lepas bangun dari tidur selepas Subuh, "Mak, sarapan dah siap?"
Tapi dia punya meaning, dia punya metafora, anafora segala hiperbola, fuhh, dalam maksudnya kalau hang hadam betul-betul.
Antara bait beliau yang amat menarik hati,
Haaa kan? Saya suka. Saya suka. *wink wink*
Hati aku asek ulang ayat ni.
"Sebab Syurga adalah tempat asal kita."
Lepas tu hati aku sambung lagi,
"Sebab Syurga adalah tempat asal kita. Perlu sedar Dunia ni sementara.
Ya, singgah kejap. Macam R&R tu.
Ibarat hang kena hantar belajar jauh-jauh. Kampung hang kat Kuala Kangsar. Mestilah hang nak balik Kuala Kangsar balik nanti. Mestilah nak balik tempat asal.
Ni kan pulak, lebih-lebih lagi Syurga. Sapa taknak Syurga? Mesti lebihkan sikit Hamasah dalam diri nak masuk Syurga balik.
Because... Everyone deserves Heaven."
hmm. hilang kata-kata dah aku selepas berkata-kata dalam hati. Iman vs Nafsu mungkin.
***
Antara perkara yang aku notice dalam buku ni adalah..tak lain tak bukan gaya penulisan beliau. Mula-mula baca, "Hmm.. ala-ala siapa eh? Macam pernah ku kenal."
Hilal Asyraf.
*ding!* (mentol lampu keluar dari kepala,haha)
kan. kan. kan.
Tapi beliau still dengan gaya beliau, brother Hilal Asyraf still dengan gaya dia. Masing punyai karisma writing tersendiri.
Kira macam baca brother Hilal Asyraf version junior punya. hahaha suka hati ja bagi opinion macam ni. Style akhi Afiq Sazlan lebih kena dengan budak-budak muda, mungkin kerana lebih kurang seusia.
Yalah, target pun untuk budak-budak muda, nama lagi si tajuk buku, Hamasah as-Syabab kan :)
Di sini, gua tabikk arhh sama lu bro sebab ayat-ayat mung sangatlah hensem lagi kacak luaran mahupun fikrahnya..! :D Setiap atur ayat mesti aku baca dengan slow, penuh sopan tata tertib, jiwai dan dalami the meanings. And somehow, and sometimes, I was like,
"Wow"
"Subhanallah"
"Maksud dia..err"
"Ok. *terbaring sebab iman kena tumbuk"
Hee.
 |
Ya. ya. *angguk angguk* |
Wahai readers-readers sekalian.
*krik krik bunyi cengkerik*
(adakah aku masih punya readers? TuT)
Saya dengan ini sangat kagum atas semangat, dan matlmat, serta cita-cita syabab seumpama saudara Afiq Sazlan. Mereka-mereka seperti inilah ibarat pembangun ummah. Umur lebih kurang seusia daku ja. Tapi punya visi dan misi yang besar untuk ummah sudah. Bahkan sudah mula mengorak langkah.
Aku?
Adakah aku maseh ingin dengan "eururong eurorong", "oppa oppa, (pang sedas)", dan lain-lain yang lagha?
Sungguh daku terasa dan malu. TuT
Sobs *lap hingus*
Antara vision mereka yang saya kagum, sangat suka, dan insyaAllah dengan izinNya, dah berhasrat dan bercita-cita nak join,
iaitu
Hospital Dakwah dan Tarbiyah.
First time baca ni, I was like, "Whuutt?"
And then, lepas beberapa kali baca cita mengenainya dalam buku ni, I like to propose to pihak HAS Production, and saudara Afiq Sazlan sendiri,
"Ermm, Doktor Haiwan nak tak?
Saya nak tolong, dan boleh tolong, insyaAllah, kalau anda-anda berhasrat untuk open part for animals too. :) "
Lai lai sekurang-kurangnya serius aku ingin punyai cita-cita seperti mereka,
yang dapat memainkan peranan besar buat ummah kelak, bukan sahaja di dunia ini, bahkan di akhirat sana.
Bukan hanya pikir keluar Universiti, belajar main-main bajet keja dalam tangan, keluar dengan bangga ada ijazah, bila dah tak dapat kerja, last-last kahwin duduk rumah, cita-cita hilang ke Selat Melaka.
Mak apak punya harapan nak tengok jadi Doktor (haiwan) buat ummah dah berkubur.
Alahai. Allahu. huuu.
Aku pun nak jugak terlibat dalam 'Konspirasi Sorga' mereka.
Sungguh, ini impian. Sebuah impian berlandaskan cita-cita ke syurga. Sebuah cita-cita untuk menebar sayap dakwah dan tarbiah buat ummah, insyaAllah manalah tahu haiwan-haiwan yang saya bantu, turut bantu mendoakan ini bukan?
*senyum*
Baru-baru ni jugak, bila nampak iklan ini, aku dengan laju bersemangat waja untuk 'menjual diri', membantu mereka dalam jalan ni.
"Ya, aku buat kerana Allah.
Nak membantu Ummah.
Berinspirasikan Sorga."
:)
Ayok, mari akhawat tersayang, ikhwah seTuhan, (pinjam ayat hang sat akhi Afiq Sazlan, lalala) kita sama turun padang dalam membangunkan Ummah ;D
 |
nampak ketakutan gua di situ.err -_-"
|
Jazakallahukhairan buat saudara Afiq Sazlan sebab sudi kongsi buah fikiran dengan yougster (young+gengster) macam kami ni.
Dan sekarang, I am more determined untuk meneruskan legasi penulisan yang telah lama terbantut gara-gara alasan malas. uhuk.uhuk.
Ahad ni, aku sungguh-sungguh nak rembat buku-buku sebegini dua tiga ketul.
Kan best kalau dapat pegang in life buku Hamasah as-Syabab sekali dengan autograf dari sang Penulis. Meh belanja meh. hahaha.
Nak try test drive sendiri layan jiwa baiki iman dengan buku ni? Nah,
link. Nanti diorang akan hantar ke email saudara saudari sekalian, insyaAllah. Pedoman dari si Syabab buat si Syabab :)
***
Yeah.
Menulis jugak akhirnya.
Moga Allah redha!